♥~(OwNeR-FaNs)~♥


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, December 8, 2011

Owner blogger kembali lagi ! ( Sebuah Cerita yang direka untuk pengajaran buat semua )

Hai semua, kepada para pembaca dan peminat blog saya. Sudah lama saya tidak post dalam blog ini kan. Kali ini saya ingin menceritakan sebuah cerita yang bertajuk teladan.

Bermulanya pada satu kisah, yang di mana ada satu budak kecil dan seorang orang tua ( warga emas ). Budak kecil tersebut bernama Ahmad dan orang tua bernama Pak Cik Hanif.

Pada suatu hari, budak kecil itu berkeliaran seorang diri dan dia kerja sebagai pemungut sampah dan tin. Setiap hari dia selalu mengutip sampah2 dan tin2 yang dibuang oleh manusia2 yang tidak reti menghargai keindahan alam semulajadi. Ahmad selalu dihina, dicaci, dan dimaki oleh ramai pihak yang tidak bertanggungjawab. Ahmad sedih dan terkilan sangat kerana Ahmad terpaksa melakukan pekerjaan yang mengakibatkan dirinya dan hatinya terluka. Demi nasibnya, Ahmad sanggup mengutip sampah dan tin demi membantu ibunya yang sedang sakit tenat. Ibunya menghidap ketumbuhan pada otaknya. Pada waktu ketika dahulu, ibunya rajin mencari wang untuk anaknya dan untuk biaya sekolah dia. Setelah ibunya tidak dapat lagi membiaya persekolahan dia, Ahmad berasa sedih dan dipinggir.

Setelah ibunya sakit tenat, Ahmad lah yang mengambil tugas ibunya. Ahmad sanggup lakukan semua ini demi ibunya. Akibat pemergian ayah, Ahmad terpaksa memikul tanggungjawab ayahnya. Ahmad seorang budak yang pintar dan cerdas. Pada zaman persekolahan dia, Ahmad selalu dapat kepujian dari guru2nya kerana Ahmad selalu dapat nombor satu dalam kelas. Ramai diantaranya tidak suka pada Ahmad.

Ahmad kuatkan hati dan sehingga kini Ahmad tidak pernah putus asa untuk berdoa kepada Allah agar kehidupan yang dia alami akan segera pulih dan ibunya sembuh.

Pada suatu hari, ada seorang budak lelaki cuba mengugut Ahmad. Sampaikan Ahmad cedera. Tiba-tiba ada seorang Pak Cik yang bernama Hanif membantu Ahmad dan Ahmad dirawat oleh doktor dan klinik yang berdekatan.

Pada permulaannya Ahmad malu dan segan dengan Pakcik tersebut. Tapi setelah sahaja selesai dirawat, Pakcik Hanif ingin membawa Ahmad makan tengahari. Disitulah bermulanya cerita.

Pakcik Hanif : Ahmad, kenapa kamu jalan seorang diri sambil mengutip sampah2 dan tin2 ?
Ahmad : Pakcik, ibu saya sakit tenat, mungkin dengan cara ini saya dapat memulihkan keadaannya.
Pakcik Hanif : Ahmad, ibu kamu sakit apa ? macam serius sahaja Pakcik dengar ?
Ahmad : ' termenung sambil senyum dan berkata' Tidak apa2 Pakcik, Pakcik jangan risau, sakit orang tua je             tu.
Pakcik Hanif : 'hairan dan pelik sebab melihat mata Ahmad seperti ingin menangis' dan terus berkata, Ahmad tak baik kamu membohong pakcik. Cuba ceritakan pada pakcik apa sebenarnya penyakit mak kamu.
Ahmad : 'termenung lagi sambil melihat kebawah (tunduk)
Pakcik Hanif : Ahmad, cuba pandang pakcik, ceritakan pada pakcik perlahan-lahan. Mana tahu pakcik boleh tolong
Ahmad : Ibu saya menghidap ketumbuhan dalam otak.
Pakcik Hanif : Ya Allah. Ahmad kenapa kamu biarkan ibu kamu macam itu. Kenapa kamu tidak jaga ibu kamu dirumah sahaja ?
Ahmad : Pakcik kan saya dah beritahu pakcik tadi, saya anak yatim, saya perlu cari wang untuk buat pembedahan ibu saya. Saya keluarga susah pakcik. Saya bukan seperti anak orang lain.
Pakcik Hanif : Boleh pakcik jumpa ibu kamu ?
Ahmad : Untuk apa pakcik ? Memangnya pakcik kenal ibu saya ke ?
Pakcik Hanif : Pakcik ingin menolong ibu kamu Ahmad. Kebetulan Pakcik ingin sekali menolong orang2 yang susah seperti kamu. Salah ke ? Pakcik pun dah tua, lagi pula pakcik bujang dan tidak ada anak2. Buat apa pakcik mahu simpan harta banyak2.
Ahmad : Tapi pakcik ?
Pakcik Hanif : takde tapi2. ( Terus masuk kereta dan pergi kerumah ibunya Ahmad )



* ingin tahu siapakah identiti sebenar pakcik itu, nantikan sambungannya esok *

0 ♥CoMmEnT♥:


I made this widget at MyFlashFetish.com.